Friday, July 30, 2010

Siapakah itu Melayu?

Apakah itu Melayu? Adakah Melayu itu - bertutur dalam Bahasa Melayu; menduduki alam Melayu (Malay Archipelago); memakai baju kurung dan berselendang bagi wanitanya, berbaju Melayu dan bersongkok bagi kaum lelakinya; duduk bersila dilantai; menggunakan tangan bila makan; gemar memakan masakkan yang pedas; berkulit sawo matang dan beragama Islam.

Haruskah orang Melayu beragama Islam?

Siapakah itu Melayu? Adakah orang-orang Bawean, Jawa, Bugis, Batak dan prabumi seperti Sakai, Kadazan, Iban dan sebagainya juga orang Melayu? Jose Rizal, wira dan pejuang nasionalisme bangsa Filipina, juga memperjuangkan yang bangsa Filipina adalah rumpun Melayu. Adakah Melayu terhad pada Akipelago Melayu sahaja? Bagaimana dengan orang-orang Moari, Hawaii dan Tahiti yang menduduki kawasan Laut Selatan dan Lautan Teduh? Bahasa mereka diklassifikasikan dalam rumpum Malayo/Polynesia dimana terdapat bahasa Melayu. Mereka juga berkongsi susur jalur sejarah dengan orang Melayu. Orang-orang Moari, Hawaii dan para penduduk Laut Selatan dan Lautan Teduh mempunyai raut wajah yang sama dengan orang Melayu.  Mereka juga berkulit sawo matang.  Bolehkah penduduk-penduduk Lautan Teduh dan Selatan; orang-orang Filipina dan prabumi seperti Iban, Kadazan, Sakai dan sebagainya yang menduduki alam Melayu dianggap Melayu walaupun tidak beragama Islam?

Orang Melayu dikatakan beradab dan beradat, peramah, sopan, merendah diri (humble), bergotong-royong, hormat menghormati, bermaruah dan mempunyai sifat harga diri yang tinggi. Melayu bangsa yang juga bersifat tidak mudah gementar - berani mati untuk bangsa dan nusa - biar berputih tulang, jangan berputih mata; kesetiaan orang Melayu sungguh menakjubkan - biar pecah diperut, jangan pecah dimulut; ketaatan Melayu pada watan tidak bolih dinafikan - dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Orang Melayu juga mempunyai sifat yang kurang disenangi - suka mengambil tahu kisah jiran-tetangga; membesarkan perkara yang remeh lantas berdendam; tidak suka melihat orang lain senang maka itu ada perasaan hasat dengki; suka berhutang dan malas. Melayu dikatakan suka mengharap ikhsan, tidak berwawasan, pincang. Melayu juga dikatakan bangsa yang mempunyai daya fikiran lemah.  Inikah dikatakan Melayu?

Orang Melayu dikatakan berasal dari satu bangsa yang mahir dalam pelayaran laut. Mereka berani merentasi lautan luas - dari Lautan Hindi hingga ke Lautan Teduh. Mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat - untuk berniaga dan bermastautin. Melayulah tunjak bagi kerajaan Melaka dan Johor yang gah dan juga kerajaan purba Srivijaya yang hebat. Melayu adalah satu-satunya bangsa didunia yang inklusif dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekitaran.

Melayu - adakah ia hanya satu bahasa; nama sebuah tempat.  Atau sebuah bangsa yang tertebar luas rumpumnya - dari Akipelago Melayu hingga ke Lautan Teduh.

Wednesday, July 28, 2010

Are we really ONE?

A few months back South East Asia was shaken by the turmoil in Thailand. Angry voices, bloodshed and death. Thailand - one people, one language. Though it is not new, the crisis between the two Koreas has the whole world asking - will war breaks out between the two. The tribal warrings in Afghanistan; the enemity between two school of religious thoughts in Iraq; the on-going tension in the Middle-east; the long drawn stand-off between Pakistan and India; the confrontation in the Philippines between the authorities and Muslim separatists. 

Singapore - home to different races speaking different languages and confessing different religions. Harmonious living, tolerant acceptance and social cohesion. But these are just on the surface. Scratch that surface and a totally different scenario is exposed.

We are different yet similar. As Asians, we share the same cultural values and traditions. But, we definitely are NOT one.

Melayu Tetap Melayu

Tergelak disanubari mengenangkan gelagat anak-anak.

Mereka merasa janggal jika berbual dalam bahasa ibunda. Tetapi lidah mereka tidak kelu memakan masakkan Melayu - asam pedas, sambal tumis, lemak cili padi, nasi goreng kampung, nasi sambal goreng, rendang dan sebagainya. Mereka juga tidak kaku berpakaian baju Melayu. Adat orang Melayu - yang muda akan menyalam yang tua sudah menjadi perkara lumrah bagi mereka. Mereka memanggil pakcik yang bongsu Busu bukan 'Uncle'.

Alahai, tak Melayu hilang didunia.

Tuesday, July 27, 2010

Jati Diri

Sejak kebelakangan ini terasa dihati akan jati diri. Semakin umur meningkat semakin aku sedar yang aku ini Melayu. Berkobar-kobar dihati akan kemelayuan diri. Tertusuk dihati keinginan untuk berbahasa ibunda. Aku mengatakan hasrat kepada anak-anak. Mereka membentak - alasan merasa janggal. Sudah keterbiasaan berbahasa Inggeris. Sedih rasanya tetapi aku tidak terkilan. Anak-anak aku tetap Melayu dari segala segi.