Apakah itu Melayu? Adakah Melayu itu - bertutur dalam Bahasa Melayu; menduduki alam Melayu (Malay Archipelago); memakai baju kurung dan berselendang bagi wanitanya, berbaju Melayu dan bersongkok bagi kaum lelakinya; duduk bersila dilantai; menggunakan tangan bila makan; gemar memakan masakkan yang pedas; berkulit sawo matang dan beragama Islam.
Haruskah orang Melayu beragama Islam?
Siapakah itu Melayu? Adakah orang-orang Bawean, Jawa, Bugis, Batak dan prabumi seperti Sakai, Kadazan, Iban dan sebagainya juga orang Melayu? Jose Rizal, wira dan pejuang nasionalisme bangsa Filipina, juga memperjuangkan yang bangsa Filipina adalah rumpun Melayu. Adakah Melayu terhad pada Akipelago Melayu sahaja? Bagaimana dengan orang-orang Moari, Hawaii dan Tahiti yang menduduki kawasan Laut Selatan dan Lautan Teduh? Bahasa mereka diklassifikasikan dalam rumpum Malayo/Polynesia dimana terdapat bahasa Melayu. Mereka juga berkongsi susur jalur sejarah dengan orang Melayu. Orang-orang Moari, Hawaii dan para penduduk Laut Selatan dan Lautan Teduh mempunyai raut wajah yang sama dengan orang Melayu. Mereka juga berkulit sawo matang. Bolehkah penduduk-penduduk Lautan Teduh dan Selatan; orang-orang Filipina dan prabumi seperti Iban, Kadazan, Sakai dan sebagainya yang menduduki alam Melayu dianggap Melayu walaupun tidak beragama Islam?
Orang Melayu dikatakan beradab dan beradat, peramah, sopan, merendah diri (humble), bergotong-royong, hormat menghormati, bermaruah dan mempunyai sifat harga diri yang tinggi. Melayu bangsa yang juga bersifat tidak mudah gementar - berani mati untuk bangsa dan nusa - biar berputih tulang, jangan berputih mata; kesetiaan orang Melayu sungguh menakjubkan - biar pecah diperut, jangan pecah dimulut; ketaatan Melayu pada watan tidak bolih dinafikan - dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Orang Melayu juga mempunyai sifat yang kurang disenangi - suka mengambil tahu kisah jiran-tetangga; membesarkan perkara yang remeh lantas berdendam; tidak suka melihat orang lain senang maka itu ada perasaan hasat dengki; suka berhutang dan malas. Melayu dikatakan suka mengharap ikhsan, tidak berwawasan, pincang. Melayu juga dikatakan bangsa yang mempunyai daya fikiran lemah. Inikah dikatakan Melayu?
Orang Melayu dikatakan berasal dari satu bangsa yang mahir dalam pelayaran laut. Mereka berani merentasi lautan luas - dari Lautan Hindi hingga ke Lautan Teduh. Mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat - untuk berniaga dan bermastautin. Melayulah tunjak bagi kerajaan Melaka dan Johor yang gah dan juga kerajaan purba Srivijaya yang hebat. Melayu adalah satu-satunya bangsa didunia yang inklusif dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekitaran.
Melayu - adakah ia hanya satu bahasa; nama sebuah tempat. Atau sebuah bangsa yang tertebar luas rumpumnya - dari Akipelago Melayu hingga ke Lautan Teduh.
harap link ini dapat menambahkan lagi maklumat untuk pihak puan
ReplyDeletehttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html
wassalam